Kerjaya kelab Sergio_Busquets

Barcelona

Pada 13 September 2008, Busquets bermain pada perlawanan pertamanya di La Liga menentang Racing de Santander, seri 1-1. Pada 22 Oktober 2008, ketika perlawanan Liga Juara-Juara Barcelona menentang FC Basel, beliau menjaringkan gol kedua Barca pada minit ke-15 pada perlawanan peringkat kumpulan.[2]

Pada 22 Disember 2008, Busquets melanjutkan kontraknya sehingga 2013 dengan bayaran 80 juta.[3] Pada 7 Mac 2009, beliau menjaringkan gol liga pertamanya ketika menang 2-0 ke atas Athletic Bilbao.

Pada 27 Januari 2011, beliau melanjutkan kontraknya sehingga 2015 dengan bayaran €150 juta.[4] Pada 8 Mac, beliau menjaringkan gol sendiri ketika menentang Arsenal pada perlawanan pusingan 16 Liga Juara-Juara dan keputusan seri 1-1 (Barcelona menang 3-1 secara agregat).[5]

Pada 16 Julai 2013, ketika meraikan hari ulang tahunnya ke-25, Busquets bersetuju untuk melanjutkan kontraknya sehingga 2018.[6] Pada 1 Ogos 2014, selepas persaraan Carles Puyol dan atas permintaan Puyol, Busquets diberi jersi nombor 5 pada kempen 2014-15.[7]